Rabu, 28 Ogos 2013

 

Be careful on what you post on internet!


actually it will make us indanger on what we post on internet...









sometimes,it give us disadvantage to us.......






Sabtu, 19 Januari 2013

Diet mengikut jenis darah.....


Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
  • Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
    Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
    Ciri khas golongan darah O:
    • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
    • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
    • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
    • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
    • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian



Jumaat, 22 April 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSK

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kelas : 5 Amanah

Bil Murid : 25 orang

Masa : 8.10 – 9.10 pagi

Tarikh : 25 Februari 2011

Tema : Hidup bersama di sekolah dan masyarakat

Tajuk : Kenali jiran tetangga

Sub topik : Beramah mesra bersama-sama jiran

: Jiran dikenali hidup harmoni

Aktiviti : 5A, 5B

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan adab hidup berjiran dalam pelbagai situasi

2. Berinteraksi dengan jiran tetangga secara sopan

3. Menghormati jiran tetangga

Isi Kandungan :

1. Menyenaraikan sifat-sifat positif hidup berjiran yang boleh diamalkan oleh murid dalam kehidupan seharian.

2. Membezakan sifat-sifat negatif hidup berjiran menukarkan kepada sifat yang positif hidup berjiran.

3. Kepentingan mengamalkan sifat positif hidup berjiran dan meninggalkan sifat negatif hidup berjiran.

Penerapan Nilai:

1. Hormat – menghormati

2. Tolong – menolong

3. Bertanggungjawab

Unsur Patriotisme:

· Mengenali,memahami,menghormati dan menyayangi jiran.

Pengetahuan sedia ada :

· Murid pernah bertegur sapa dengan jiran tetangga.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran :

Bil

Sumber

Kuantiti

1.

Video Adab Hidup Berjiran

1

2.

Lakonan

4 orang

3.

Kertas A4

25 helai

4.

Kad Arahan

5 keping

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/ Kemahiran Generik

Catatan

Set induksi (5 minit)

1. Murid diminta menonton video tentang “adab hidup berjiran”.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang telah dipertontonkan.

2.1 Apa yang dapat anda perhatikan?

2.2 Bagaimana perasaan anda ketika berada dalam situasi tersebut?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

KB : mendengar

MI :

Muzik

Spatial

Sumber P&P:

Tayangan video berkaitan dengan tajuk

Nilai:

Bertanggungjawab

Langkah 1 (15 minit)

1. Dua orang murid diminta melakonkan perbuatan negatif iaitu sambil berjalan, seorang membuang sampah ke kawasan rumah jiran dan seorang lagi mengejek jiran. Manakala, dua orang murid lain menolong jiran membersih dan membuang sampah.

2. Murid diminta memberi pendapat dan mengulas kedua-dua situasi tersebut.

MI :

Kinestatik

Sumber P&P :

Lakonan 2 pasang murid bagi watak positif dan watak negatif

Nilai murni :

Hormat – menghormati

Langkah 2 (20 minit)

1. Guru mengedar kertas kosong dan murid diminta menulis perkataan yang menunjukkan amalan positif dan juga negatif dalam kehidupan berjiran.

2. Murid diminta membentuk dua kumpulan berdasarkan sifat positif (kump A) dan sifat negatif (kump B) berdasarkan kertas yang dibuat.

3. Murid dari kump A akan melakonkan satu situasi yang menunjukkan sifat positif dan murid kump B diminta menyatakan sifat positif tersebut dan sebaliknya.

4. Murid diminta menyenaraikan sifat positif lain yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.

KBKK :

Membanding beza

MI :

Kinestatik

Sumber P&P :

Kertas A4

Lakonan

Nilai:

Tolong – menolong

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid membentuk 4 kumpulan dan guru mengedarkan kad arahan.

2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyatakan kepentingan amalan sifat positif hidup berjiran dalam kehidupan seharian.

Kump 1 : semangat bekerjasama

Kump 2 : suka menolong

Kump 3 : bersifat penyayang

Kump 4 : bercakap benar

3. Hasil kerja kumpulan dipamer. Wakil setiap kumpulan akan menjelaskan tugasan yang dibuat.

MI :

Interpersonal

Pembelajaran Koperatif :

“Three stray, one stay”

Sumber P&P :

Kad arahan

Penutup (5 minit)

1. Guru mengedar lirik lagu “sendu dan sendawa” serta murid menghayati lagu yang dimainkan.

2. Murid diminta menyanyikannya sambil menggerakkan tubuh mengikut lagu dan rentak muzik tersebut.

3. Guru membuat rumusan terhadap tajuk yang dipelajari pada hari ini.

TKP :

Muzik

Interpersonal

Kinestatik

Sumber P&P :

Lagu “sendu dan sendawa”

Nilai :

Tolong – menolong

Sabtu, 9 Oktober 2010

HIDUP UNTUK MEMBERI

http://denaihati.com/

HIDUP UNTUK MEMBERI

SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI TANJONG

PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI TANJONG

Guru panitia mata pelajaran amat penting dalam sesuatu institusi pentadbiran sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Setiap jenis mata pelajaran yang terdapat di sekolah mesti mempunyai panitianya mata pelajaran yang tersendiri. Setiap panitia pula mempunyai guru yang dipertanggugjawabkan. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang bidang tugas guru panitia mata pelajaran terutamanya tugas guru panitia Bahasa Melayu, saya telah menjalankan tinjauan dan temuramah di salah sebuah sekolah rendah untuk program Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di daerah Pasir Mas, Kelantan. Melalui hasil tinjauan dan sesi temu bual yang telah saya jalankan, yang diutamakan sekali ialah Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab sepenuhnya kepada mata pelajaran yang dianggotainya. Ketua-ketua Panitia akan memastikan prestasi mata pelajarannya maju dan meningkat baik dari segi metodologi pengajaran mahupun dari segi ujian dan pencapaian murid-murid. Selaku pemimpin kepada panitia, ketua panitia perlu memainkan peranan sebagai pentadbir, perancang, penghubung, penggerak, penyelaras dan pembimbing demi kepentingan bidang akademik di bawah jagaannya. Selain dari itu, perancangan perlu diadakan untuk menyedia dan memperbanyakkan lagi alat bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti sokongan yang akan dijalankan oleh murid semasa berada di sekolah dan di luar sekolah.

Antara bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru panitia ialah yang pertama ialah bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Seperti yang telah kita bincangkan pada penerangan peranan guru kanan panitia, jadi sama juga dengan peranan guru panitia dalam perkara-perkara berkaitan dengan hal akademik dan pengurusan tentang tugas yang telah diberi. Biasanya guru panitia Bahasa Melayu terdiri daripada para guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Maka, bidang tugas mereka biasa tertakluk pada mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja.

Bidang tugas kedua ialah guru panitia bertanggungjawab kepada guru besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. Hasil pemantauan saya juga, saya telah dapati guru panitia mata pelajaran Bahasa Melayu telah beberapa kali mengadakan mesyuarat perjumpaan bersama dengan guru besar atau guru pentadbir yang lain. Seperti di sekolah yang telah saya lawati, saya dapati mereka kerap mengadakan mesyuarat perjumpaan panitia Bahasa Melayu. Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu adalah panitia mata pelajaran yang paling aktif di sekolah tersebut.

Ketiga, bidang tugas guru panitia ialah membantu guru besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. Guru panitia membantu guru pentadbir mengurus dan membuat penilaian tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan tugasnya. Bagi guru panitia Bahasa Melayu, biasanya bertanggungjawab kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar pada murid. Mereka akan membuat ujian penilaian melalui ujian pencapaian bagi bagi mengukur tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka jalankan. Biasanya guru panitia Bahasa Melayu akan memberi lebih penekanan kepada murid-murid yang bakal menduduki ujian penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hal ini kerana terdapat dua subjek penting mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.

Bidang tugas guru panitia yang seterusnya ialah mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Bagi panitia Bahasa Melayu, biasanya panitia ini mengadakan program pemantapan Bahasa Melayu seperti cara-cara menjawab soalan pemahaman dengan betul dan bagaimana untuk menghasilkan karangan yang bagus agar dapat membantu murid-murid dalam peperiksaan terutamanya murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Oleh sebab itu saya dapati bahawa tugas guru panitia Bahasa Melayu mencabar juga kerana Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling penting kerana ia bahasa rasmi negara. Seharusnya penggunaan yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid memantapkan bahasa mereka.

Melalui hasil dapatan pemantauan yang telah saya lakukan di sekolah tersebut, saya mendapati pihak pentadbir dan terutamanya panitia mata pelajaran Bahasa Melayu, mereka lebih menekankan sesuatu perkara tersebut jika ia berkaitan dengan peperiksaan UPSR. Antara penekanan tugas guru panitia mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah ini ialah mereka bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik sekolah dan pencapaian peperiksaan UPSR. Namun begitu, menurut salah seorang guru panitia yang telah saya temui berkata, selain mereka memberi penekanan kepada murid UPSR, mereka juga masih memberi perhatian kepada murid-murid lain.

Selain daripada itu, dalam sesuatu panitia mata pelajaran mesti mempunyai jawatankuasa panitia mata pelajaran yang terdiri daripada penasihat iaitu guru besar, penolong penasihat iaitu penolong kanan 1, pengerusi iaitu guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia, setiausaha iaitu guru dan ahli yang terdiri daripada semua guru mata pelajaran berkenaan. Seperti yang ditugaskan, saya telah mendapatkan maklumat mengenai panitia Bahasa Melayu sekolah yang telah saya pilih. Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong sangat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu.

Antara aktiviti yang biasanya dijalankan dalam panitia Bahasa Melayu ini ialah membincangkan hal-hal tentang Rancangan Pelajaran, Buku Teks, buku kerja atau buku latihan, Sukatan Pelajaran dan Huraian, peningkatan pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan penilaian, alat bantu mengajar, pemulihan, kerja latihan atau kerja rumah terancang, implementasi rancangan akademik sekolah jangka panjang dan jangka pendek, meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran serta menyediakan SKU dan menetapkan piawaian mata pelajaran.

Di samping itu, panitia juga telah membuat post mortem pencapaian pelajar setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan. Biasanya post mortem dijalankan bagi peperiksaan akhir tahun bagi setiap tahun. biasanya ia melibatkan semua murid dan bukan sahaja pada tahun 6. Di samping itu juga, panitia mengadakan post mortem untuk UPSR bagi setiap tahun. biasanya di sekolah ini pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman mengatasi Bahasa Melayu Penulisan. Mungkin kelemahan ini berpunca daripada sikap murid yang kurang gemar membaca buku bagi menambahkan kosa kata. Namun begitu, beberapa langkah telah diambil oleh pihak sekolah bai mengatasi masalah tersebut.

Panitia Bahasa Melayu ini juga pernah membuat pertandingan membuat buku skrap yang terbuka untuk semua murid. Ia bertujuan ,mencungkil bakat kreatif yang terpendam dalam diri murid. Selain aktiviti pertandingan membuat buku skrap, panitia ini juga mengadakan pertandingan bercerita, bersajak dan tulisan cantik. Kesemua aktiviti ini dapat membantu dan membentuk murid menjadi insan yang berani, yakin dan kreatif. Antara aktiviti paling menyeronokkan ialah mengadakan lawatan rehat minda ke tempat perkelahan luar dari kawasan sekolah.

Sepanjang pengalaman saya di sekolah tersebut, saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru terutama guru panitia Bahasa Melayu. Dengan bantuan yang mereka berikan, saya mendapat banyak maklumat berguna bagi melengkapkan tugasan yang telah diberi kepada saya. Saya juga amat berbangga kerana panitia mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong ini amat aktif dalam menghidupkan panitia tersebut. Komitmen yang ditunjukkan dalam mengurus dan melaksanakan perancangan memberi motivasi kepada saya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara walaupun pada tanggapan awal saya ia adalah benda remeh.

Saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog Zon Bebas