Struktur
Fungsi
Mulut
Tempat pemecahan fizikal ketulan makanan yang besar menjadi butiran kecil untuk menambahkan luas permukaan bagi tindakan enzim.
Lidah Membantu menggaulkan dan menolak makanan melepasi farinks.
Farinks Terdapat dalam rongga mulut dan hidung
Perut Tempat simpan dan campur makanan, kelenjar hasil enzim yang bertindak pada protein.
Hati Merembeskan jus hempedu dan beralkali untuk tindakan enzim dalam duodenum
Mengawal atur kepekatan gula dalam darah.
Penyimpanan nutrient makanan.
Pendeaminan
Mensintesis protein plasma
Menghasilkan hempedu
Detoksifikasi
Pankreas
Merembeskan jus pankreas yang mengandungi enzim tripsin, amilase dan lipase.
Duodenum Tempat pencernaan karbohidrat, protein dan lipid.
Ileum Merembeskan jus usus dan tempat terakhir pencernaan karbohidrat, lipid dan protein.
Usus besar
(kolon) Penyahtinjaan
Menyerap semula air
Menyerap bahan lain seperti jus hempedu dan garam mineral
Menyingkirkan bahan makanan tidak tercerna
Merupakan habitat mikroorganisma
Merembeskan mukus untuk membantu pergerakan tinja supaya tinja yang bergerak di sepanjang kolon tidak mencederakan lapisan sel epithelium dinding kolon.
Rektum Tempat tinja disimpan sementara waktu sebelum keluar.
Fungsi sistem penghadaman :
•Diperlukan kerana sel epithelium yang melapisi usus kecil bersifat separa telap dan hanya boleh menyerap molekul ringkas.
•Memecahkan makanan kepada unit-unit yang boleh diserap oleh darah untuk diagihkan keseluruh sel badan.
•Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis.
•Menyediakan tubuh dengan belakan nutrient, air, dan elektrolit secara terus menerus.
•Penghadaman fizikal yang melibatkan proses mekanikal seperti memotong, menghancur dan melumatkan makanan oleh gigi serta pergerakan peristalsis untuk menolak makanan di sepanjang salur usus dan menggaulkan makanan separa pepejal tersebut.
•Penghadaman kimia yang melibatkan tindak balas enzim-enzim penghadaman, terutamanya dalam perut, duodenum dan ileum.
1 ulasan:
minta izizn ambil maklumat ni.. tq :)
Catat Ulasan