Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Mata pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 5 Amanah
Bil Murid : 25 orang
Masa : 8.10 – 9.10 pagi
Tarikh : 25 Februari 2011
Tema : Hidup bersama di sekolah dan masyarakat
Tajuk : Kenali jiran tetangga
Sub topik : Beramah mesra bersama-sama jiran
: Jiran dikenali hidup harmoni
Aktiviti : 5A, 5B
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan adab hidup berjiran dalam pelbagai situasi
2. Berinteraksi dengan jiran tetangga secara sopan
3. Menghormati jiran tetangga
Isi Kandungan :
1. Menyenaraikan sifat-sifat positif hidup berjiran yang boleh diamalkan oleh murid dalam kehidupan seharian.
2. Membezakan sifat-sifat negatif hidup berjiran menukarkan kepada sifat yang positif hidup berjiran.
3. Kepentingan mengamalkan sifat positif hidup berjiran dan meninggalkan sifat negatif hidup berjiran.
Penerapan Nilai:
1. Hormat – menghormati
2. Tolong – menolong
3. Bertanggungjawab
Unsur Patriotisme:
· Mengenali,memahami,menghormati dan menyayangi jiran.
Pengetahuan sedia ada :
· Murid pernah bertegur sapa dengan jiran tetangga.
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran :
Bil | Sumber | Kuantiti |
1. | Video Adab Hidup Berjiran | 1 |
2. | Lakonan | 4 orang |
3. | Kertas A4 | 25 helai |
4. | Kad Arahan | 5 keping |
Prosedur Pelaksanaan | Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/ Kemahiran Generik | Catatan |
Set induksi (5 minit) 1. Murid diminta menonton video tentang “adab hidup berjiran”. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang telah dipertontonkan. 2.1 Apa yang dapat anda perhatikan? 2.2 Bagaimana perasaan anda ketika berada dalam situasi tersebut? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini. | KB : mendengar MI : Muzik Spatial | Sumber P&P: Tayangan video berkaitan dengan tajuk Nilai: Bertanggungjawab |
Langkah 1 (15 minit) 1. Dua orang murid diminta melakonkan perbuatan negatif iaitu sambil berjalan, seorang membuang sampah ke kawasan rumah jiran dan seorang lagi mengejek jiran. Manakala, dua orang murid lain menolong jiran membersih dan membuang sampah. 2. Murid diminta memberi pendapat dan mengulas kedua-dua situasi tersebut. | MI : Kinestatik | Sumber P&P : Lakonan 2 pasang murid bagi watak positif dan watak negatif Nilai murni : Hormat – menghormati |
Langkah 2 (20 minit) 1. Guru mengedar kertas kosong dan murid diminta menulis perkataan yang menunjukkan amalan positif dan juga negatif dalam kehidupan berjiran. 2. Murid diminta membentuk dua kumpulan berdasarkan sifat positif (kump A) dan sifat negatif (kump B) berdasarkan kertas yang dibuat. 3. Murid dari kump A akan melakonkan satu situasi yang menunjukkan sifat positif dan murid kump B diminta menyatakan sifat positif tersebut dan sebaliknya. 4. Murid diminta menyenaraikan sifat positif lain yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. | KBKK : Membanding beza MI : Kinestatik | Sumber P&P : Kertas A4 Lakonan Nilai: Tolong – menolong |
Langkah 3 (15 minit) 1. Murid membentuk 4 kumpulan dan guru mengedarkan kad arahan. 2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyatakan kepentingan amalan sifat positif hidup berjiran dalam kehidupan seharian. Kump 1 : semangat bekerjasama Kump 2 : suka menolong Kump 3 : bersifat penyayang Kump 4 : bercakap benar 3. Hasil kerja kumpulan dipamer. Wakil setiap kumpulan akan menjelaskan tugasan yang dibuat. | MI : Interpersonal Pembelajaran Koperatif : “Three stray, one stay” | Sumber P&P : Kad arahan |
Penutup (5 minit) 1. Guru mengedar lirik lagu “sendu dan sendawa” serta murid menghayati lagu yang dimainkan. 2. Murid diminta menyanyikannya sambil menggerakkan tubuh mengikut lagu dan rentak muzik tersebut. 3. Guru membuat rumusan terhadap tajuk yang dipelajari pada hari ini. | TKP : Muzik Interpersonal Kinestatik | Sumber P&P : Lagu “sendu dan sendawa” Nilai : Tolong – menolong |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan