Isnin, 17 Mei 2010

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak bermula dari lahir sehingga akil baligh. Zaman kanak-kanak awal adalah di antara 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mengalami satu proses pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi fizikal, kognitif dan sosio-emosi.

Peringkat ini merupakan satu peringkat yang penting bagi kanak-kanak. Hai ini demikian kerana pada peringkat ini berlaku persediaan untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Proses ini berlaku untuk peringkat yang lain juga. Kanak-kanak perempuan lebih cepat memperolehi kemahiran berbanting kanak-kanak lelaki. Terdapat banyak teori dari tokoh psikologi mengenai zaman kanak-kanak ini seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Psikososial Erik Erikson, Teori Sigmund Freud.

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada individu. Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain. Perubahan tersebut misalnya dari segi berat, besar dan tinggi badan seseorang. Pertumbuhan yang dianggap sebagai suatu proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku di dalam diri seseorang individu dalam proses menuju kematangan. Dalam kehadapan seseorang, terdapat perubahan progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.

Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana berikut:

Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.

Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation".

Perkembangan.

"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.

Perkembangan kognitif:

§ Pembelajaran

§ Pelajaran muzik

§ Pendidikan bayi

§ Pemerolehan bahasa

§ Psikologi perkembangan

§ Seni kanak-kanak

PERKEMBANGAN MANUSIA

"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam kontekspsikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).

Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.

Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentangTiger Woods serta latihan golfnya yang awal.

Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.

Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.

Kelakuan Sosial

Kemahiran dan perkembangan motor. Kemahiran motor kasar ialah kemahiran fizikal yang melihat otot-oto yang besar seperti berlari, melompat, berjalan dan memanjat.Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot yang kecil. Contohnya melukis, mewarna, mengikat tali kasut dan membutangkan.

2 tahun :

  • Berlari dengan lebih yakin
  • Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki semasa naik tangga
  • Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila berusaha untuk lompat bangun dan duduk.
  • Boleh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan.
  • Boleh panjat kerusi dan duduk
  • Boleh zip atau butang yang besar.
  • Boleh tutup dan buka pintu.Boleh gerakkan barang-barang seperti barang mainan ke hadapan dengan menggunakan kaki.

3 tahun :

  • Sudah pandai dalam membuang air besar.
  • Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik tangga.
  • Boleh sepak bola yang besar.
  • Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara.
  • Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi.
  • Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar
  • Boleh membuka buku .
  • Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga
  • Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari.
  • melukis bulatan penuh.
  • Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
  • Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai.
  • Boleh membezakan jenis jantina.

4 tahun :

  • Boleh berjalan dengan lurus.
  • Boleh panjat pokok dan bermain di taman permainan
  • Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5-6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
  • Boleh berlari, berhenti atau bergerak tanpa kasukaran.
  • Boleh membaling bola .

5 tahun :

  • Boleh berjalan ke belakang guna tumit ke hujung jari kaki.
  • Boleh berjalan turun dan naik tangga tanpa pertolongan
  • Boleh pegang hujung jari kaki tanpa membengkokkan lutut
  • Boleh belajar meloncat(skip) dengan menggunakan kaki yang lain(ganti-ganti)
  • Boleh menangkap bola yang di baling dari jarak 3 kaki
  • Menunjukkan kemahiran menunggang basikal roda tiga. Tunggang dengan kelajuan dan dengan kemahiran menggunakan stereng
  • Boleh mengimbangkan badan dengan menggunakan salah satu kaki dengan kawalan yang baik selama 10 saat.
  • Menunjukkan kawalan yang baik menggunakan pensel atau marker, mungkin mula warna garisan.
  • Boleh gunting garisan walaupun tidak sempurna.

6-7 tahun :

  • Boleh mengikat tali kasut
  • Boleh menulis sesuatu huruf atau nombor
  • Boleh mengenal pasti kategori sesuatu objek
  • Makan sendiri tanpa bantuan orang lain
  • Boleh menggelecek bola dalam permainan bola sepak

Tiada ulasan: