Memuatkan ...

Ahad, 18 April 2010

BERIKAN 5 FUNGSI TULANG DAN HURAIKAN.


• Menyokong badan (membenarkan pergerakan normal hanya pada kawasan tertentu sahaja contohnya sendi, terutamanya sendi sinovium)
• Melindungi struktur-struktur dalaman badan, contohnya otak dilindungi oleh tengkorak, jantung dan paru-paru dilindungi oleh tulang rusuk.
• Menghasilkan sel darah merah dalam sum-sum tulang dan menyimpan bahan mineral kalsium dan fosforus. Bertindak sebagai organ hemopoietik.

• Ia juga sebagai pelekatan otot untuk pergerakkan .

• Tulang panjang terutamanya ditemui dalam anggota gerak. Setiap tulang panjang terdiri daripada bahagian batang dan dua bahagian hujung tulang. Tulang panjang bertindak sebagai alat tuas dalam tubuh dan memungkinkannya bergerak.
• Tulang pendek. Contoh yang baik dapat dilihat pada tulang-tulang karpus di tangan dan tarsus di kaki. Tulang-tulang ini sebahagian besar terbentuk daripada tisu tulang jarang kerana sifatnya yang ringan dan kuat. Tulang-tulang ini diselaputi oleh tisu padat tipis. Oleh itu tulang pendek mampu menyokong seperti pada pergelangan tangan.
• Tulang pipih terdiri daripada dua lapisan tisu tulang keras dengan di tengahnya lapisan tulang seperti span. Span ditemui di mana ia diperlukan sebagai perlindungan, seperti pada tulang tengkorak, tulang inominat tulang pelvis, tulang rusuk dan scapula. Tulang pipih menyediakan permukaan luas untuk penyambung otot-otot, misalnya skapula.
• Tulang tidak simetri adalah yang tidak termasuk dalam salah satu daripada ketiga kelas tadi. Contoh tulang tidak simetri adalah vertebrata dan tulang muka.
• Tulang sesamoid termasuk dalam kelompok lain. Ia terbentuk dalam tendon otot-otot dan dijumpai di sekitar sendi. Patela adalah contoh yang terbesar dari jenis ini.


3. RANGKA PAKSI TERDAPAT DI BAHAGIAN TENGAH TERDIRI DARIPADA: (setiap satu huraikan dan beri contoh)
• Tengkorak
Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala. Bahagian-bahagian tengkorak ialah:
1. Kranium
 Berfungsi untuk melindungi otak.
 Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak).
2. Soket mata (atau Orbit)
 Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.
3. Tulang hidung
 Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
4. Lubang telinga
 Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.
5. Rahang atas (atau Maksila)
 Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
6. Rahang bawah (atau Mendibel)
 Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
 Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.
7. Bukaan pada dasar tengkorak
 Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

Turus vertebra
Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:
 7 vertebra serviks - Bahagian leher
 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang
Bahagian-bahagian vertebrata
1. Sentrum
 Bersifat Pejal dan tegar
 Memberi sokongan
 Menentang daya mampatan
2. Arka
 Merupakan lengkuk saraf
 Terletak pada bahagian dorsal sentrum
 Melindungi saraf tunjang
3. Salur saraf
 Merupakan salur rongga kosong
 Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
4. Zigapofisis
 Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
 Prazigapofisis mengarah ke atas.
 Postzigapofisis mengarah ke bawah.
5. Cuaran spina
 Berfungsi untuk melekatkan otot
6. Cuaran melintang
 Berfungsi untuk melekatkan otot




Sangkar rusuk
Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.
Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:
 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
 3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.


4. RANGKA APENDAJ TERDIRI DARIPADA: (setiap satu huraikan dan beri contoh)

Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.
Lengkungan pektoral. Terdiri daripada 2 tulang iaitu:
1. Tulang klavikel
 Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
 Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain.
 Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
2. Tulang skapula
 Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
 Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.
 Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan.

Lengkungan pelvis
Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada:
 Ilium yang bersendi dengan sakrum.
 Iskium (atau tulang pelana)
 Pubis (atau tulang ari-ari)



5. VETEBRA. LABELKAN TULANG VETEBRA. SETIAP SATU HURAIKAN.

Kolum (turus) vertebra atau rangkaian tulang belakang adalah struktur boleh dilentur yang dibentuk oleh beberapa tulang yang disebut vertebra.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya minta izin untuk copy