Selasa, 20 April 2010

SISTEM ENDOKRINA

SISTEM ENDOKRIN

Pengenalan

• Integrasi dan koordinasi aktiviti pelbagai tisu di dalam tubuh dikawal oleh dua sistem, iaitu sistem saraf dan sistem endokrin.

• Sistem endokrin memberi kesan kepada tubuh dengan cara merembeskan pengutus (messenger) kimia yang dikenali sebagai hormon ke dalam sistem peredaran atau tisu-tisu perantara.

• Kesan tindakan sistem endokrin bermula lebih perlahan tetapi kesannya berpanjangan dan lebih merata.


• Kadang kala sistem saraf merangsang atau menghalang rembesan hormon dan hormon pula berkemampuan untuk merangsang atau menghalang perjalanan impuls saraf.

• Sel-sel sistem endokrin mensintesis dan merembeskan hormon-hormon.


• Sel-sel endokrin biasanya berkumpul untuk membentuk kelenjar iaitu kelenjar endokrin.

• Hasil kelenjar endokrin tidak dirembeskan ke dalam duktus tetapi dirembeskan terus ke dalam tisu perantara atau sistem peredaran darah.


• Hormon adalah zat kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin.

• Hormon akan masuk melalui aliran darah dan mengikuti peredaran darah ke seluruh tubuh.


• Apabila sampai pada suatu organ target, maka hormon tersebut akan merangsang dan terjadinya perubahan.

• Pada umumnya pengaruh hormon berbeza dengan saraf.


• Perubahan pada hormon biasanya merupakan perubahan yang memerlukan jangka waktu yang panjang.

• Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat di dalam tubuh termasuklah:
o pituitari (hipofisis)
o tiroid
o paratiroid
o adrenal (supraneal)
o pineal (serebri epifisis)
o timus
• organ-organ yang terlibat dalam sistem endokrin ialah :

o pankreas
o otot jantung
o ovari
o testis
o ginjal
o hepar
o trek gastrousus
o plasenta




Sistem endokrin:


Kelenjar-kelenjar endokrin yang terlibat dalam proses merembeskan hormon.


Kelenjar pituitari


Kelenjar pituitari (hipofisis)
Struktur :
• Kelenjar kecil dengan garis pusat 1.3 cm, ia banyak menghasilkan hormon dan mengawal aktiviti tubuh; oleh itu ia digelar kelenjar induk.
• Ia tergantung dari hipotalamus di permukaan bawah otak melalui struktur berbentuk tangkai yang disebut infundibulum.
• Ia terletak di dalam satu fosa yang dikenali sebagai fosa pituitari yang terletak di permukaan atas tulang sfenoid.
• Tulang sfenoid membentuk sebahagian permukaan inferior (dasar) tengkorak.
• Kelenjar pituitari dibahagikan kepada dua lobus iaitu:
o lobus anterior (adenohipofisis) dan
o lobus posterior (neurohipofisis).
• 75% daripada berat kelenjar pituitari terdiri daripada lobus anterior yang berasal daripada ektoderma (bahagian luar daripada 3 lapisan primer embrio) farinks.
• Lobus anterior kelenjar pituitari banyak mengandungi sel epitelium kelenjar dikenali adenohipofisis.
• Satu sistem portal menghubungkan lobus anterior dengan hipotalamus.

• Lobus anterior (adenohipofisis) terdiri daripada 3 bahagian:
o Pars anterior (pars distal)
o Pars intermedia
o Pars tubularis (berbentuk tiub yang mengelilingi tangkai infundibulum lobus posterior.

• Lobus posterior berasal daripada ektoderma hipotalamus otak.
o Ia mengandungi tisu-tisu saraf yang berterusan daripada otak dan dikenali sebagai neurohipofisis.
o Lobus posterior (neurohipofisis) dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:
 eminens median,
 tangkai infundubulum dan
 pars posterior (bahagian posterior atau lobus neural).

• Diantara kedua-dua lobus ini, terdapat satu bahagian kecil disebut bahagian intermedia (pars intermedia).

• Lobus anterior (adenohipofisis) banyak merembeskan hormon iaitu:
o hormon pertumbuhan (GH),
o prolaktin (PRL),
o hormon adrenokortikotrofik (ACTH),
o hormon perangsang melanosit (MSH),
o hormon perangsang tiroid (TSH),
o hormon perangsang folikel (FSH)
o hormon pengluteinan (LH).

Hormon-hormon yang dihasilkan oleh lobus anterior (adenohipofisis):
Jenis hormon Fungsi hormon
Hormon pertumbuhan (somatotropik) Mengawal tumbesaran tubuh
Hormon tirotropik Mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam menghasilkan tiroksin
Hormon adrenokortikotropik(ACTH) Mengawal aktiviti kelenjar suprarenal dalam menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal ini.
Hormon gonadotropik Terlibat dalam aktiviti hormon seks jantina seperti testis dan ovari
Hormon perangsang folikel (FSH) Merangsang perkembangan folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis.
Luteinising hormon(LH) @ interstitial-cell-stimulating-hormon (ICSH Mengawal rembesan estrogen dan progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis
Luteotrofin @ prolaktin Mengawal rembesan air susu, dan mengekalkan adanya korpus luteum semasa kehamilan

• Lobus posterior (neurohipofisis) menghasilkan dua hormon iaitu:
o Jenis hormon :
 Oksitosin (OT)
o Fungsi :
 Merangsang pengecutan uterus sewaktu melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusu bayi


o Jenis hormon :
 Hormon antidiuretik (ADH)
o Fungsi :
 Mengatur jumlah air yang melalui ginjal


Kelenjar Tiroid

Kelenjar tiroid
• Struktur :
• Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea.
• Terdiri daripada dua buah lobus yang terletak di sebelah kanan dan kiri trakea, dan dihubungkan bersama oleh secarik tisu tiroid yang disebut ismus tiroid dan yang melintasi di sebelah depan trakea.
• Kaya dengan bekalan darah.
• Struktur :
o Kelenjar tiroid terdiri daripada sejumlah besar vesikel yang dibatasi oleh epitelium silinder, mendapat bekalan darah melimpah-limpah dan disatukan oleh tisu perantara.
o Sel itu mengeluarkan rembesan cecair likat, iaitu koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin, zat aktif yang utama dari sebatian iodin ialah hormon tiroksin.
o Rembesan ini mengisi vesikel dan dari sini berjalan ke aliran darah, sama ada secara langsung ataupun melalui saluran limfatik.
o Kelenjar ini dikelilingi oleh lapisan tisu berserat yang terletak di hadapan trakea dan dinamai fasia pratrakea.

• Hormon-hormon dihasilkannya ialah:
o Tiroksin (T4)
o Triiodotironin (T3)
o Kalsitonin (CT)

• Fungsi :
o Rembesan tiroid diatur oleh suatu hormon dari lobus anterior kelenjar pituitari iaitu hormon tirotropik.
o Fungsinya berkaitan dengan aktiviti metabolik dalam pengaturan susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan, mengatur penggunaan oksigen dan dengan sendirinya mengatur pengeluaran karbon dioksida.


• Apa berlaku jika rembesan tidak normal?
o Hiporembesan (hipotiroidisma):
 Kelenjar tiroid kurang mengeluarkan rembesan pada waktu bayi mengakibatkan keadaan yang dikenali sebagai kretinisme yang merupakan kerencatan pertumbuhan mental dan fizikal.
 Pada orang dewasa, kekurangan rembesannya mengakibatkan miksederma proses metabolik sangat perlahan dan terdapat kecenderungan untuk menambah berat badan, gerakannya lembap, berfikir dan bercakap lembap serta kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang.
 Suhu badannya di bawah normal dan denyut nadi perlahan.

o Hiperrembesan :
 Pembesaran pada kelenjar dan peningkatan rembesan disebut hipertiroidisma.
 Semua simptomnya adalah sebaliknya dengan simptom miksedema.
 Peningkatan kadar metabolisme dan suhu tubuh lebih tinggi daripada normal.
 Pesakit hilang berat badannya, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik,output jantung bertambah dan simptom kardiovaskular termasuklah fibrilasi atrium dan kegagalan jantung.
 Pada keadaan yang dikenali sebagai penyakit Grave atau exophthalmic goitre, mata menonjol ke luar.

• Kesan ini disebabkan oleh terlampau aktifnya hormon tiroid.
• Adakalanya tidak hilang walaupun penyakit ini dirawat.

Kelenjar Paratiroid

Kelenjar paratiroid
• Struktur :
o Dua pasang kelenjar paratiroid, superior dan inferior terdapat di permukaan posterior lobus lateral kelenjar tiroid.
o Ia terdiri daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid.

• Fungsi:
o Kelenjar ini menghasilkan hormon paratiroid (PTH) yang juga dikenali paratormon.
o Rembesan paratiroid, iaitu hormon paratiroid, mengatur metabolisme kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang

• Terdapat 4 kelenjar dengan 2 kelenjar kecil pada setiap sisi, iaitu kelenjar tiroid di leher.
.

• Apa berlaku bila rembesan tidak normal?
o Hipoparatiroidisma :
 Terjadinya kekurangan kalsium dalam kandungan darah atau hipokalsemia mengakibatkan keadaan yang disebut tetani yang dicirikan dengan gejala kekejangan otot dan konvulsi, khususnya pada tangan dan kaki yang disebut karpopedal spasma; simptom-simptom ini dapat dilegakan segera dengan pemberian kalsium.

o Hiperparatiroidisma @ terlebih aktiviti kelenjar :
 Lazimnya berkaitan dengan pembesaran kelenjar (tumor)
 Keseimbangan pengagihan kalsium terganggu, kalsium dikeluarkan kembali dari tulang dan dimasukkan kembali ke dalam serum darah,
 Mengakibatkan terjadinya penyakit tulang dengan dicirikan melalui penipisan bahagian tulang, yang dikenali sebagai osteitis fibrosa sistik, kerana terbentuk sista tulang pada tulang.
 Kalsiumnya dibuat dalam ginjal yang boleh menyebabkan batu ginjal dan kegagalan ginjal.


Kelenjar adrenal


Kelenjar adrenal (Suprarenal)
• Struktur :
o Ada dua kelenjar adrenal(suprarenal); setiap satu terletak superior (supra) terhadap setiap ginjal.
o Ia dilapisi oleh kapsul berserat.
o Ia terletak di atas kutub sebelah atas setiap ginjal.

• Struktur & Fungsi :
o Ia terdiri daripada bahagian luar yang berwarna kekuning-kuningan yang disebut korteks dan yang menghasilkan kortisol (hidrokortison), berkaitan dengan kortison dan bahagian di sebelah dalam medula yang menghasilkan adrenalin (epinefrin) dan noradrenalin (norepinefrin).
o Bahan-bahan tadi dirembeskan di bawah kawalan sistem saraf simpatetik. Rembesannya bertambah dalam keadaan emosi seperti marah dan takut, dan dalam keadaan asfiksia dan kelaparan.
o Pengeluaran yang bertambah itu menaikkan tekanan darah untuk menentang kejutan yang disebabkan oleh kegentingan ini.

Dua bahagian kelenjar adrenal:
• Bahagian luar :
o korteks adrenal yang membentuk sebahagian besar kelenjar tersebut.
o Berasal daripada mesoderma (bahagian tengah daripada tiga lapisan primer embrio)
• Bahagian dalam :
o medula adrenal
o Berasal daripada ektoderma (bahagian luar daripada tiga lapisan primer embrio)

• Korteks adrenal:
 Dari segi histologi, korteks boleh dibahagikan kepada 3 zon:
• Zon terluar :
o Terletak di bawah kapsul berserat dikenali zona glomerulosa.
o Hasil utama rembesannya ialah sekumpulan hormon disebut mineralokortikoid.
• Zon tengah :
o Zona fasikulata, ialah bahagian paling lebar di antara ketiga-tiga zon.
o Hasil utama rembesannya ialah hormon glukokortikoid.
• Zon terdalam:
o Zona retikularis yang terletak bersebelahan dengan medula.
o Zona retikularis mensintesis hormon gonadokortikoid, terutamanya hormon lelaki yang dinamai androgen.

• Noradrenalin meningkatkan tekanan darah dengan merangsang fiber otot dalam dinding pembuluh darah untuk mengecut.
• Adrenalin membantu metabolisme karbohidrat dengan menambah pengeluaran glukosa dari hati.
• Hormon terpenting yang dirembeskan oleh korteks adrenal adalah:
o hidrokortison, aldosteron dan kortikosteron, yang semuanya berkaitan dengan metabolisme, tumbesaran, fungsi ginjal dan tonus otot. Semua ini penting untuk kehidupan.

Penyakit berkaitan hormon…
• Ketidakcupukan adrenal (penyakit Addison) pesakit menjadi kurus dan kelihatan sakit dan semakin lemah, terutama kerana tidak adanya hormon ini, manakala ginjal gagal menyimpan natrium, kerana merembeskan natrium dalam jumlah terlampau banyak. Penyakit ini boleh dirawat dengan kortison.

• Pepulau Langerhans pada pankreas membentuk organ endokrin yang merembeskan insulin, iaitu sebuah hormon antidiabetes, yang diberikan dalam rawatan diabetes.


• Insulin ialah protein yang dapat dicernakan oleh enzim-enzim pencerna protein dan kerana itu tidak diberikan melalui mulut melainkan dengan suntikan subkutin.

• Ia mengawal kadar glukosa dan apabila digunakan sebagai ubatan jika kekurangannya seperti diabetes, ia memperbaiki kemampuan sel tubuh untuk menyerap dan menggunakan glukosa dan lemak.


• Secara klinik, kekurangan insulin mengakibatkan hiperglikemia iaitu kadar gula darah yang tinggi, turunnya berat badan, lelah dan poliuria disertai dahaga, lapar, kulit kering, mulut dan lidah kering.
• Ia juga mengakibatkan ketosis serta asidosis dan kadar pernafasan meningkat.

• Keadaan sebaliknya ialah hipoglikemia, iaitu kadar gula darah rendah mungkin terjadi sebagai kesan kelebihan dos insulin; atau oleh kerana pesakit tidak makan makanan (atau muntah) selepas suntikan insulin, sehingga kelebihan insulin dalam darahnya menyebabkan koma hipoglikemia.


• Oleh yang demikian koma pada seorang pesakit dengan diabetes mungkin disebabkan oleh kekurangan insulin atau terlalu banyak insulin (koma hipoglikemia) yang dirawat dengan glukosa.


Pandangan anterior ginjal dan kelenjar suprarenal kanan dan kiri

Medula adrenal


• Struktur :
o Ia terdiri daripada sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon.
o Sel-sel ini disarafi terus oleh serat-serat saraf praganglionik simpatetik daripada sistem saraf autonomik.
o Oleh itu, rembesan hormon daripada sel-sel kromafin dikawal terus oleh sistem saraf autonomik.
o Dua jenis hormon utama dihasilkannya ialah epinefrin (adrenalin) dan norepinefrin (noradrenalin).
o 80% daripada hasil rembesannya ialah epinefrin dan tindakannya lebih poten daripada norepinefrin.

Pankreas

• Struktur :
o Terdiri daripada sekumpulan sel yang menghasilkan hormon dan dikenali sebagai pepulau pankreas atau pepulau Langerhans.


o 3 jenis sel dijumpai dalamnya iaitu :
 Sel alfa : merembeskan hormon glukagon
 Sel beta: merembeskan hormon insulin
 Sel delta: merembeskan faktor perencat hormon pertumbuhan (GHIF) dikenali somatostatin.


Testis

• Struktur dan fungsi :
o Ia menghasilakan 2 hormon iaitu testosteron dan inhibin.
o Testosteron :
 ialah hormon seks lelaki yang utama, ia merangsangkan perkembangan dan penetapan sifat-sifat jantina lelaki.
 Sel-sel interstisial Leydig menghasilkan testosteron.
• Hormon inhibin merencatkan rembesan hormon perangsang folikel (FSH).


Ovari


• Fungsi :
o Ia menghasilkan 3 hormon : estrogen, progesteron dan relaksin.
o Hormon seks wanita, estrogen dan progesteron bertanggungjawab dalam perkembangan dan penetapan sifat-sifat jantina wanita.

• Bersama-sama dengan hormon gonadotrofik kelenjar pituitari (ACTH), estrogen dan progesteron mengawal pusingan haid, menjaga kehamilan dan menyediakan kelenjar mamari untuk penyusuan.

• Relaksin mengendurkan sendi-sendi di pelvis dan menolong mengembangkan (dilate) serviks uterus pada akhir waktu kehamilan dan memainkan peranan bagi meningkatkan motiliti sperma.

Hormon-hormon yang dihasilkan di ovari:
1. Estrogen :
• dihasilkan oleh Folikel Graaf.
• Pembentukan dirangsang FSH.
• Fungsi:
o menimbulkan dan mempertahankan tanda-tanda jantina pada wanita yang membezakan wanita dengan lelaki tanpa melihat kelaminnya.
o Contohnya, perkembangan punggung dan payudara pada wanita dan kulit menjadi bertambah halus.


2. Progesteron :
• dihasilkan oleh korpus luteum.
• Pembentukannya dirangsang LH.
• Fungsi:
o menyiapkan dinding uterus agar dapat menerima telur yang sudah disenyawakan.

• Plasenta membentuk estrogen dan progesteron selama kehamilan guna mencegah pembentukan FSH dan LH. Dengan demikian, kedua hormon ini dapat mempertahankan kehamilan.

Kelenjar pineal (Epifisis Serebri)

Struktur :
• Kelenjar pineal ialah kelenjar endokrin yang berhubung dengan bumbung vertrikel ketiga otak.
• Ia dilapisi oleh satu kapsul yang dibentuk oleh pia mater.

Fungsi:
• Ia menghasilkan 2 hormon : melatonin dan adrenoglomerulotropin.
• Melatonin dikatakan merencatkan aktiviti pembiakan dengan merencatkan hormon-hormon gonadotrofik.
• Adrenoglomerulotropin boleh merangsangkan korteks adrenal untuk merembeskan aldosteron (mineralokortikoid).

Kelenjar timus

Kelenjar timus
• Selain terlibat dengan sistem limfatik, ia juga menghasilkan hormon.
• Hormon-hormon tersebut ialah:
o Timosin
o Faktor humoral timus (THF)
o Faktor timus (TF)
o Timopoietin


• Hormon-hormon ini merangsangkan kematangan limfosit T.
• Kelenjar timus terletak dalam toraks, kira-kira pada aras dwicabangan trakea.
• Warnanya kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus.
• Pada bayi baru lahir sangat kecil dan beratnya kira-kira 10 gram atau lebih sedikit; saiznya bertambah dan semasa remaja beratnya dari 30 hingga 40 gram dan kemudian mengecut lagi.

Tisu-tisu endokrin yang lain

Trek gastrousus

• Sel-sel trek gastrousus mensintesis beberapa hormon yang mengawal pencernaan di dalam gaster dan usus kecil.

• Antara hormon tersebut ialah :
o Gastrin gaster
o Gastrin enterik
o Sekretin
o Kolesistokinin-pankreozimin (CCK)
o Peptida perencat gaster (GIP)
o Polipeptida usus vasoaktif (VIP)
o Motilan
o Bahan P


Plasenta
• Ia menghasilkan gonadotropin korian manusia (HCG), estrogen, progesteron, relaksin dan somatomamotropin korion manusia (HCS).

• Semua hormon ini berkaitan kehamilan.



Ginjal dan hepar
• Apabila ginjal atau hepar menjadi hipoksik (bekalan oksigen kurang), masing-masing akan merembeskan eritropoietin, yang merangsangkan penghasilan sel darah merah.

• Semasa berlakunya keadaan ini, ginjal juga menghasilkan renin yang terlibat dalam proses peningkatan darah.


• Langkah terakhir dalam pengaktifan vitamin D ialah struktur 1, 25-dihidroksi kolekalsiferol yang berlaku di dalam ginjal.

• Struktur ini merupakan satu hormon yang terlibat dalam metabolisme kalsium.


Jantung
• Serat-serat otot atrium jantung menghasilkan satu hormon yang dikenali sebagai faktor natriuretik atrium (ANF) apabila serat otot tersebut diregang.

Tiada ulasan: