Jumaat, 30 April 2010

SISTEM URINARI

Gambarkan bagaimana sistem urinari berfungsi:

a) Sistem urinari adalah kumpulan organ yang menyah air berlebihan dan bahan-bahan tidak diperlukan daripada salur darah.
b) Bahan ini ditapis keluar daripada badan sebagai air kencing.
c) Air kencing dihasilkan di ginjal, dikumpul di bladder dan keluar di uretra.
d) Ginjal menapis urea daripada darah melalui nefrons.
e) Setiap nefron mempunyai kapilari darah yang berbentuk bola dipanggil glomerulus dan saluran kecil dinamakan renal tubule.
f) Urea, air dan bahan lain bercampur akan menghasilkan air kencing.
g) Manusia mempunyai dua ureter. Ia adalah tiub kecil yang menghantar air kencing ke bladder.
h) Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada ginjal.
i) Jika air naik semula ke ginjal maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan ginjal.
j) Setiap 10-15 saat ureter akan menghantar air kencing ke bladder dalam jumlah yang sedikit.
k) Bladder, berbentuk segitiga dan terletak di abdomen bawah. Ia diikat oleh ligamen yang bercantum dengan organ lain dan tulang pelviks.
l) Dinding bladder mengecut dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan mengecut untuk membuang air kencing.
m) Bladder dewasa mampu menyimpan air kencing sebanyak dua cawan sehingga 2 jam.
n) Otot sphinter ialah otot yang membantu menahan air kencing daripada bocor.
o) Uretra ialah tiub yang membuang air kencing. Otak memberi isyarat untuk otot bladder mengecut untuk membuang air keluar daripada bladder.
p) Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphinter untuk berehat untuk membenarkan air kencing keluar daripada bladder dan ke uretra.

1 ulasan:

Fiq berkata...

minta izin ambil dan kongsi maklumat ni.. sumber nama blog anda akan saya letak bersama maklumat ini.. tq :)