Isnin, 19 April 2010

SISTEM INTEGUMENTARI

1. Struktur dan fungsinya

Struktur kulit :
• Kulit adalah tipis, kalis air, tetapi juga organ kompleks yang terdiri daripada pelbagai sel tertentu.
• Ketebalan kulit adalah berbeza, kira-kira 0.5 mm pada permukaan lembut seperti kelopak mata, 5 mm atau lebih pada kawasan seperti tapak kaki.
• Kulit terbahagi kepada dua bahagian lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
• Dermis mengandungi beribu-ribu sensori yang peka dengan sentuhan.
• Kulit juga terdiri daripada kelenjar peluh, dan salur darah.
• Di bawah dermis, terdapat lapisan yang dipanggil lemak bawah kulit (subcutaneous fat)
• Lapisan ini mengandungi tisu-tisu areolar (kelenjar peluh) dan tisu adipos (tisu lemak).

Fungsi kulit :
• Pelindung tisu-tisu tubuh daripada kecederaan fizikal, serangan bacteria, kekeringan dan juga sinaran ultralembayung (UV).
• Mengesan rangsangan atau kederiaan, iaitu rasa sakit, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
• Mengekalkan suhu tubuh agar sentiasa normal.
• Perkumuhan beberapa bahan seperti garam, beberapa bahan organik dan air bagi mengekalkan keseimbangan metabolik dalam tubuh.
• Pelinciran iaitu banyak mengandungi kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan rambut dan kulit.
• Keimunan (pelalian) yang dihasilkan sebum yang mampu bertindak sebagai pelindung pada permukaan kulit dan menghalang pertumbuhan bakteria.


Struktur kulit :
a) Epidermis :

• Epithelium berlapis.
• Sejumlah lapisan sel yang disusun pada dua zon yang jelas kelihatan, iaitu zon tanduk dan selapis zon germinal.
• Lapisan epidermal :


o Stratum korneum :
 selnya tipis, datar, seperti sisik.
 Sel yang lebih superficial menjadi lapisan tak hidup yang disebut keratin.
 Keratin ialah protein berserat yang kuat, amat rintang terhadap perubahan kimia, dan kalis air.
o Stratum lusidum :
 Selnya mempunyai garisan jelas tetapi tiada nukleus.
o Stratum granulosum :
 Sel yang jelas mengandungi nucleus dan diistilahkan sebagai granulosum.
o Stratum basal :
 Sel basal yang terdapat dalam stratum basal terus menerus menghasilkan sel epidermis yang baru.
 Sel ini disusun dengan teratur, berderet dan rapat.

• Epidermis tidak mempunyai sebarang pembuluh darah.
• Duktus kelenjar peluh menembusi epidermis dan mendampingi rerambut.
• Di atas permukaan epidermis terdapat garisan dan lekukan yang berhubung dengan papilari dermis di bawahnya. Garis ini berbeza-beza, dan berdasarkan ini kajian cap jari dilakukan.
• Pigmen :
o Melanin, melanoid, karotena , hemaglobin terturun dan oksihemoglobin memberi warna kulit.
o Melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit epidermis disimpan dalam stratum basal.
o Melanin melindungi tubuh daripada cahaya ultraungu.

Kuku :
• Plat terkeras korneum berkeratin di permukaan bahagian distal falanks.
• Melindungi bahagian hujung digit yang sensitif.
• Setiap plat kuku terdiri daripada dua bahagian, akar kuku dan badan kuku.
• Purata pertumbuhan kuku jari ialah 1 mm seminggu
Rambut :
• Ialah struktur berkeratin yang panjang yang berkembang daripada ivaginasi epithelium epidermis.
• Ia berfungsi sebagai alat perlindungan kepada tubuh, mengawal atur suhu tubuh, membantu dalam penyejatan peluh, dan sebagai organ deria.
• Terdapat tiga jenis rambut :
o Rambut lanugo (rambut primer):
 Ditemui pada fetus, akan tanggal sebelum lahir, kecuali yang terdapat di bulu kening, kelopak mata dan kulit kepala.
o Rambut velus (rambut sekunder) :
 Tumbuh selepas bayi dilahirkan.
o Rambut terminal :
 Terdapat di aksila (ketiak) dan kawasan pubik (di atas genitalia eksternal).
 Ia dikawal oleh hormon seks.
 Pada lelaki rambut ini terdapat di muka dan bahagian dada.


b) Dermis / korium

• purata ketebalan 1.0-2.0mm
• dermal papillae
• cantum epidermis ke tisu di bawahnya
• ketumpatan tisu penyambung tidak seragam
• sel-sel otot
• mempunyai sel saraf
• salur darah
• folikel rambut
• kelenjar
• Daya sentuhan :
o Mikrosensor : pengujung sel saraf halus.
o Saraf penghujung bebas (free nerve endings)
 Bercabang, biasanya tidak berselaput bagi sensori suhu, sentuhan ringan, tekanan dan kesakitan.
o Korpusel Meissner
 Saraf penghujung yang berkapsul dalam dermis atas, terutama pada tapak tangan, tapak kaki, bibir dan kelopak mata.
 Ia memberi rangsangan terhadap tekanan ringan.
o Cakera Merkel
 Reseptor tidak berkapsul, biasanya pada atas dermis atau bawah epidermis, terutamanya pada kawasan tidak berambut.
 Peka dengan sentuhan lembut dan tekanan rendah.
• Korpuskel Ruffini
o Reseptor berkapsul di dalam kulit dan dalaman yang bertindak balas terhadap sentuhan berterusan dan tekanan.
o Di dalam kapsul sendi, ia bertindak balas terhadap pergerakan putaran.
• Korpuskel Pacinian
o Besar, reseptor berselaput terletak jauh ke bawah dalam dermis, dengan lapisan dinding berpundi, dan berdekatan dengan sendi dan otot.
o Ia menerima rangsangan pada tekanan yang lebih kuat.


2. Apendaj dan fungsinya :
Kelenjar sebum :
• Terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan tapak kaki.
• Berfungsi mencegah rambut daripada menjadi kering dan rapuh.
• Sebum juga membentuk filem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit.
Peluh :
• Campuran air, garam (natrium klorida) urea, asid urik, asid amino, ammonia, gula, asid laktik, asid askorbik.
• Fungsi utama untuk membantu dalam pengawalaturan suhu tubuh dan untuk mengeluarkan beberapa bahan kumuhan .
• Ransangan utama peluh ialah kepanasan dan emosi.
• Perpeluhan yang diransang emosi berlaku di dahi, aksila, tapak tangan dan tapak kaki.


Fungsi kulit dan apendajnya :
• Perlindungan
o Epidermis terutama lapisan berkeratinnya, bertindak sebagai lapisan pelindung daripada kerosakkan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa (wear and tear) dan juga daripada kemasukan organism.
o Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria .
o Pigmen melanin memberi perlindungan kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya matahari .
o Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit, tubuh dapat melakukan tindakan refleks terhadap ransangan sakit atau kasar. Ini dapat melindungi tubuh dari kecederaan .

• Lapisan kalis air
o Keratin bersifat kalis air. Keratin dapat mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan.
o Keratin juga memberi perlindungan semasa mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan tubuh bengkak dengan air atau semasa mandi dalam air laut yang bergaram menyebabkan tubuh mengecut.

• Pengawalaturan suhu badan
o Suhu tubuh manusia ditetapkan pada purata 36.8 °C.
o Pada keadaan suhu sekitar yang panas atau selepas senaman berat yang menghasilkan haba tubuh yang berlebihan,saluran darah di dermis mengalami dilatasi.
o Ini menyebabkan aliran darah yang banyak ke permukaan kulit.
o Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkatkan pengeluaran haba daripada tubuh secara sinaran, konduksi dan perolakan.
o Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui penyejatan peluh.
o Dalam persekitaran sejuk, konstriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba.

• Penghasilan vitamin D3
o Vitamin D3, iaitu kolekalsiferol dihasilkan di kulit, hasil tindak balas cahaya matahari dengan 7-dehidrokolesterol.
o Tanpa vitamin D3 daripada sumber lain, kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mengalami rikets ( kelembutan pada tulang)

• Bertindak sebagai organ reseptor
o Ini kerana kulit mengandungi akhiran saraf untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza yang bertindak sebagai organ reseptor yang berhubung lansung dengan persekitaran.

• Pengenalpastian diri
o Corak rabung papilari yang unik pada setiap individu digunakan untuk mengenalpasti seseorang individu.

Tiada ulasan: